Lebih 7 Juta Rakyat Sertai Hari Sukan Negara 2016

Foto Ahmad Idham Mohd Noor


PUTRAJAYA: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak mahu rakyat Malaysia menjadikan sukan sebagai satu budaya ke arah gaya hidup sihat, wadah penyatuan bangsa dan meningkatkan semangat patriotisme.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, berkata Hari Sukan Negara 2016 yang disambut di seluruh negara hari ini mendapat penyertaan lebih tujuh juta rakyat Malaysia, berbanding 5.1 juta pada tahun lalu, membuktikan ia mendapat sambutan yang cukup luas.

Bagaimanapun katanya, definisi Hari Sukan Negara tidak boleh hanya terhad untuk bersukan pada hari ini sahaja, tetapi perlu dilakukan setiap hari.

"Kalau itulah setakat penyertaan kita (hanya pada Hari Sukan Negara), maka sukan sebagai satu wadah tidak dapat melahirkan rakyat Malaysia yang cergas dengan kesihatan yang baik.

"Kadang-kadang kita tidak perlu bersukan secara formal. Kita boleh berjalan kaki, kalau dua atau tiga tingkat, tak perlu naik lif, ...naik tangga," katanya ketika berucap merasmikan Hari Sukan Negara 2016 di Presint 2 di sini, pagi ini.

Turut hadir, Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin. Perdana Menteri juga mahu rakyat supaya sentiasa mengamalkan cara pemakanan yang sihat. - BH

No comments:

| | Copyright © 2014 SARAWAKIANA