Lebih 10,000 Belia Dijangka Meriahkan HBNS 2016


KUCHING: Sambutan Hari Belia Peringkat Negeri Sarawak (HBNS) 2016 yang berlangsung di Kompleks Sukan Petra Jaya pada 11 hingga 13 November ini dijangka dihadiri 10,000 belia.

Menteri Muda Belia dan Sukan, Datuk Abdul Karim Rahman Hamzah berkata, semasa sambutan tersebut nanti, turut diadakan penyampaian Anugerah Ikon Belia kepada individu terpilih.

Ketua Menteri Datuk Patinggi Tan Sri Adenan Satem dijangka hadir merasmikan HBNS dan menyampaikan anugerah kepada belia terpilih.

Selain penyampaian anugerah ikon belia, aktiviti lain yang turut diadakan merangkumi pameran belia, belia kitchen, gerai jualan, belia sihat dan cergas, belia kreatif dan inovatif, perkhemahan belia millenia, showcase dan belia got talents, seminar belia sayang keluarga dan negara serta TedxYouth@Kenyalang.

"HBNS kali ini merangkumi banyak aktiviti, saya berharap warga bandar raya ini (Kuching) terutama belia datang memeriahkan sambutan kali ini," katanya pada sidang media di sini, hari ini.

Menurutnya, sambutan diadakan adalah untuk mendekatkan belia dengan kerajaan dan pada masa sama meningkatkan pemahaman mereka tentang perancangan untuk golongan terbabit.

"Pada masa sama acara seperti ini dapat memberi peluang kepada belia untuk mengetengahkan kreativiti dan bakat mereka terutama dalam keusahawanan," ujarnya.-Sarawakiana



No comments:

| | Copyright © 2014 SARAWAKIANA