Lawatan Mengejut Timbalan Ketua Menteri Sarawak Ke Tanjung Sebekut, Spaoh


BETONG: Lawatan mengejut Timbalan Ketua Menteri Sarawak, Datuk Amar Douglas Uggah Embas ke Tanjung Sebekut, Spaoh ketika orang ramai rehat bercuti umum sempena Sambutan Maal Hijrah.

Dalam lawatan itu, Uggah melihat sendiri masalah pengairan dan saliran di kampung itu serta meninjau kerja-kerja naiktaraf jalan ladang yang sedang dibaikpulih.

Kaum petani di kampung itu mengambil peluang keemasan itu untuk menyampaikan masalah yang mereka hadapi terus kepada Uggah, Menteri Pemodenan Pertanian Dan Ekonomi Luar Bandar Sarawak.

Rata- rata penduduk di situ meluahkan kebimbangan kepada masalah sistem saliran air masin yang gagal berfungsi seperti diharapkan sehingga tanaman mereka diancam oleh air masin.

Lebih 200 penduduk kampong itu mengusahakan tanaman kontan dan padi, berpotensi tinggi untuk menjana pendapatan melebihi had minima RM4,000 sebulan yang disasarkan oleh kerajaan Sarawak.

Uggah mahu tindakan segera diambil oleh agensi terbabit dan mengarahkan para pegawai beliau membantu penduduk menyelesaikan masalah itu supaya tidak lagi berulang.

Turut hadir Pegawai Pertanian Bahagian Betong, Pegawai Daerah Betong dan kakitangan dari pejabat Pengairan Dan Saliran Betong.

No comments:

| | Copyright © 2014 SARAWAKIANA