Lawak Badut Makan Diri


LONDON: Aksi seorang lelaki yang berpakaian seperti badut dan membawa kayu besbol untuk menyakat orang memakan diri apabila dia diserang dan ditanduk mangsanya.

Ashley Symes, 23, cuba menampilkan watak ‘badut pembunuh’ dengan menakut-nakutkan orang ramai di tempat letak kereta bawah tanah di Dockside Outlet Centre, Chatham.

Namun, tanpa disangka gurauannya menyebabkan seorang mangsanya berang sehingga menyerang dan menanduk mukanya seterusnya mengakibatkan hidungnya berdarah.

Dalam rakaman yang tersebar di Internet, Symes dilihat bersembunyi di sebalik tembok di tempat letak kereta berkenaan dan melompat keluar sambil menjerit serta menghayunkan kayu besbol dibawanya untuk menakutkan seorang lelaki.

Lelaki terbabit dilihat menanduk kepalanya ke wajah Symes sementara rakannya membaling susu kocak ke arahnya. Kawan Symes yang ketika itu merakam kejadian berlari ke arah mereka sambil menjerit bahawa ia cuma gurauan.

Amerika Syarikat mengalami ‘gelombang’ kejadian badut sejak beberapa minggu lalu yang kemudian turut tersebar ke United Kingdom, dengan polis melaporkan puluhan kejadian seumpama itu dalam tempoh 24 jam. - Agensi

No comments:

| | Copyright © 2014 SARAWAKIANA