Langkah Pastikan Belanja Urusan Negara Tidak Lebih Daripada Hasil


Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata kerajaan akan mengambil beberapa langkah untuk pastikan perbelanjaan mengurus negara tidak melebihi dari hasil negara.

Langkah itu termasuk memastikan lebihan akaun semasa, dan pinjaman digunakan bagi mengembangkan ekonomi serta menambahkan lagi kegiatan ekonomi negara, katanya semasa menjawab soalan tambahan Datuk Noor Ehsanuddin Mohd Harun Narrashid (BN-Kota Tinggi) pada sesi Waktu Pertanyaan Menteri (MQT) di persidangan Dewan Rakyat, di sini hari ini .

"Kita juga memberi keutamaan kepada pinjaman dalam negeri dan dengan langkah-langkah sedemikian termasuk juga perbelanjaan yang berhemah, cekap dan berkesan, (dan) mementingkan hasilnya. InshaAllah kita dapat menguruskan hutang negara dalam keadaan yang terkawal," katanya.

-- BERNAMA

No comments:

| | Copyright © 2014 SARAWAKIANA