Laksa Sarawak Cipta Rekod, Tarik Tumpuan


KUCHING: Penyediaan Laksa Sarawak dalam mangkuk terbesar menarik tumpuan bersempena majlis perasmian Program Your Downtown Kuching 2016 di Plaza Merdeka, di sini sebentar tadi.

Ia yang juga sebahagian daripada usaha mencipta rekod baharu dalam 'Malaysia Book of Records' antara tarikan utama program berkenaan yang buat julung kalinya dianjurkan di negeri ini.

Disediakan dalam bekas gergasi bersaiz 3.1 meter x 1.3 meter, ia memuatkan 1,200 liter atau menyamai kapasiti 1,500 mangkuk biasa Laksa Sarawak.

Menteri Kerajaan Tempatan Sarawak, Datuk Dr Sim Kui Hian, berkata matlamat acara berkenaan bertujuan menonjolkan hidangan tradisi itu sebagai ikon negeri ini, selain simbol keharmonian dan penyatuan dalam kalangan penduduknya yang pelbagai kaum dan etnik.

Katanya, rekod itu nanti berupaya menjadi 'batu loncatan' bagi mempromosikan Sarawak, khususnya Bandaraya Kuching sebagai destinasi pelancongan terkemuka seiring dengan kedudukannya sebagai syurga makanan.

Hadir sama menyaksikan acara bersejarah itu ialah chef selebriti terkenal, Datuk Chef Wan.-BH

No comments:

| | Copyright © 2014 SARAWAKIANA