Lakaran Sejarah Tercipta Di Batang Sadong



SADONG JAYA : Penantian rakyat di Batang Sadong berakhir selain sejarah turut terlakar selepas jambatan Batang Sadong sepanjang 1.4 kilometer merentasi Sungai Buloh yang dibuka secara umum hari ini.

Simbolik pra perasmian disempurnakan oleh Menteri Kerja Raya Datuk Seri Fadillah Yusof.

Orang ramai kini menarik nafas lega dengan pembukaan jambatan ini kerana penantian selama empat tahun kini sudah terlaksana dengan jayanya.

Fadillah berkata, laporan akhir audit mengesahkan jambatan berkenaan selamat untuk kegunaan orang ramai.

"Bagaimanapun, satu pemantauan khas akan dijalankan oleh pihak Jabatan Kerja Raya(JKR) Sarawak dalam tempoh dua bulan bagi memastikan setiap kelemahan melalui maklumbalas orang ramai diambil kira dan selepas proses berkenaan, jambatan terpanjang merentasi sungai di Malaysia ini akan dibuka secara rasmi pada satu tarikh yang akan ditetapkan kelak oleh Perdana Menteri Malaysia Datuk Seri Najib Tun Razak," katanya pada sidang media selepas tinjauan mesra dan simbolik pra perasmian petang tadi.

Projek mega jambatan terpanjang itu dibina dengan kos lebih RM211 juta akan memberi keselesaan khususnya kepada penduduk dikawasan persisir amnya.

Turut hadir Menteri di Jabatan Perdana Menteri yang juga Ahli Parlimen Batang Sadong Datuk Hajah Nancy Shukri, Ahli Dewan Undangan Negeri(ADUN) Sadong Jaya Aidell Lariwoo, ADUN Simunjan Awla Deris,ADUN Lingga Hajah Simoi Peri -Sarawakiana



1 comment:

| | Copyright © 2014 SARAWAKIANA