• Lagu 'Selipar Jepun' Ada Cerita Sendiri

    Published: Tuesday, 25 October 2016
    A- A+

    KUCHING : Siapa sangka 'Selipar Jepun' kini menjadi sebuah tajuk lagu yang didendangkan oleh penyanyi Iban Eisner Jackson.

    Kerana lagu tersebutlah nama Eisner meletakkannya setanding dengan artis Iban lain.

    Menceritakan mengenai kisah lagu tersebut, Eisner menjelaskan, lagu tersebut berkisar tentang seorang gadis yang terlucut tumit kasut di hadapan sebuah gimnasium.

    Gadis tersebut kemudiannya menggunakan 'Selipar Jepun' tanpa meminta izin dan diperhatikan oleh pemilik selipar yang kemudian mengekorinya.

    Bagaimanapun gadis tersebut tetap mempertahankan diri dengan memberitahu 'Selipar Jepun' tersebut adalah miliknya.

    Disebabkan perasaan malu, gadis dan pemuda tersebut mula berkenalan dan timbul episod cinta.




    Eisner menjelaskan lagu tersebut adalah idea santai penulis lirik dan kini ia menjadi siulan peminat.

    Menurutnya, album baharunya mungkin berada dipasaran pada penghujung tahun ini.

    Album yang bertajuk 'Pengerindu Sabun Mandi' memuatkan lapan lagu yang baharu termasuk Pesan Nuju Sulu, Pengerindu Sabun Mandi, Jalai Pengerindu Tua..-Sarawakiana

    Subjects:

  • No Comment to " Lagu 'Selipar Jepun' Ada Cerita Sendiri "