Lagu Pen Pineapple Apple Pen Cetus Fenomena Sedunia




JIKA dahulu lagu Gangnam Style menjadi siulan ramai sehingga menjadi antara lagu yang paling tinggi jumlah tontonan di laman Youtube, terbaharu seorang lagi penyanyi dari Jepun berjaya mencipta fenomena ‘gila’ seperti itu.

Lagu PPAP Pen Pineapple Apple Pen kini menjadi siulan di kalangan masyarakat dunia termasuk di Malaysia berikutan melodi dan liriknya yang cukup catchy serta aksi bersahaja penyanyinya, Piko Taro dalam muzik video lagu tersebut.

Piko Taro, watak lelaki dalam video tersebut sebenarnya merupakan alter ego kepada pelawak dan penyampai radio dari Jepun, DJ Kosaka Daimaou.

Fenomena lagu PPAP bukan sahaja menjadi bualan di Asia sebaliknya di seluruh pelusuk dunia lebih-lebih lagi apabila penyanyi terkenal, Justin Bieber menulis di laman mikro Twitternya, mengatakan, PPAP merupakan video kegemarannya di Internet buat masa ini.

Dalam muzik video PPAP, Kosaka yang menukar perwatakannya sebagai Piko Taro, berpakaian suit kulit ular berona kuning serta skaf bercorak harimau bintang diiringi muzik elektronik beserta lirik, “I have a pen. I have a apple. Uh! Apple pen! I have a pen. I have pineapple. Uh! Pineapple pen!”

Setakat ini, muzik videonya sudah mencecah lebih 39 juta tontonan sejak ia mula dimuat naik pada 24 September lalu. – MYNEWSHUB.CC

No comments:

| | Copyright © 2014 SARAWAKIANA