Lagi Dakwaan Skandal Seks Trump


WASHINGTON – Seorang pelakon filem lucah kelmarin menjadi wanita terbaharu yang mendakwa calon Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump terbabit dengan kegiatan tidak bermoral.

Calon daripada Parti Republikan itu dikatakan pernah menawarkannya AS$10,000 (RM41,800) kepadanya untuk datang ke bilik hotel secara bersendirian.

Jessica Drake merupakan salah seorang daripada 10 wanita yang mendakwa jutawan hartanah itu pernah meraba mereka selain mengeluarkan kenyataan tidak sopan dan mencium mereka.

Bercakap pada sidang akhbar di Los Angeles dengan diiringi seorang peguam berprofil tinggi, Gloria Allred, Drake berkata, dia bertemu dengan Trump pada Kejohanan Golf di Lake Tahoe, California pada tahun 2006.

“Beliau mengorat saya dan kemudian mempelawa saya berjalan dengannya sepanjang padang golf itu,” katanya sambil menambah Trump kemudian meminta datang ke bilik hotelnya.

Dia kemudian ke bilik taikun perniagaan itu de­ngan dua wanita lain dan Trump dikatakan memeluk setiap wanita itu dengan erat tanpa meminta izin.

Sebaik dia pulang ke biliknya, Drake berkata, Trump menghubunginya semula ke bilik dan menjemputnya ke sebuah parti.

“Apa yang kamu mahu? Berapa banyak,” soal Trump kepada Drake.

Namun selepas dia menolak, Drake berkata, dia menerima satu panggilan lagi yang kemudian menawarkan AS$10,000.

Bagaimanapun, pasukan kempen Trump menafikan dakwaan Drake.

“Cerita ini sama sekali tidak benar dan tidak masuk akal. Trump tidak mengenali wanita ini, tidak mengingati individu ini,” kata satu kenyataan. – AFP

No comments:

| | Copyright © 2014 SARAWAKIANA