Kos RM211 Juta Siap Satu Jambatan, RM305 Juta Jadi Apa ?


Realitinya hari ini tercatat satu sejarah apabila siap terbinanya sebuah jambatan yang paling panjang di Sarawak.

Hanya memerlukan kos RM211 Juta Jambatan Batang Sadong siap sepenuhnya dan boleh dilalui oleh rakyat negeri ini. Faedah tetap dirasai dan dimanfaat oleh rakyat sepenuhnya tanpa sebarang pungutan tol dan sebagainya.

Namun teori matemetik ADUN Padungan Wong Kim Wei yang mempersoalkan isu pengurangan tempoh masa perjalanan dan mempertikai kewajaran pembinaan Jambatan tersebut.

Tindakan DAP Sarawak hanyalah sia-sia, kerana rakyat lebih mengutamakan faedah  dengan siapnya jambatan tersebut.

Terbinanya Jambatan Batang Sadong menandakan kewibawaan kerajaan mengurus satu projek berteraskan rakyat dan menidakkan kecaman DAP yang langsung tidak memberi manfaat kepada rakyat Sarawak.

Jika Wong Kim Wei bijak dalam teori matemetik, beranikah beliau mewakili DAP Sarawak mempersoalkan Lim Guan Eng tentang kemana arah tuju sebenar RM305 Juta kos kebolehan pelaksanaan terowong dasar laut yang hanya terletak pada kertas?. -Sarawakiana

No comments:

| | Copyright © 2014 SARAWAKIANA