Korban Taufan Matthew Di Haiti Meningkat, 261 Orang


PORT-AU-PRINCE: Taufan Matthew hingga kini sudah meragut 261 nyawa di Haiti termasuk berpuluh-puluh yang baru ditemui di sebuah bandar di pinggir pantai yang baru dapat dimasuki pasukan penyelamat.

Kementerian Dalam negeri berkata, kebanyakan mangsa terbunuh akibat dihempap pokok tumbang, serpihan besi dan kayu berterbangan serta banjir apabila Matthew membadai negara itu dengan kelajuan lebih 230km sejam. Perkhidmatan perlindungan sivil Haiti meletakkan angka korban di negara itu pada 108.

Kebanyakan kematian berlaku di bandar dan perkampungan nelayan di barat semenanjung Tiburon di barat daya negara itu, antara wilayah paling indah di Haiti.

Ribut melepasi semenanjung itu secara langsung dan meranapkan rumah pada Isnin dan Selasa.

"Berpuluh maut di bandar Les Anglais di Sud Department. Saya tidak pernah lihat sesuatu seperti ini," kata wakil kerajaan pusat di wilayah itu, Louis Paul Raphael.

Les Anglais yang mula dibadai Matthew, terputus hubungan sejak itu. Sebelum ribut itu melanda, Datuk Bandar memberitahu penduduk yang panik mula meninggalkan rumah mereka apabila air laut mula melimpah.

Beberapa kilometer ke selatan kampung Port-a-Piment, Datuk Bandar Jean-Raymond Pierre-Louis, berkata 25 maut manakala di kampung Roche-a-Bateau, 24 terbunuh. - Reuters

No comments:

| | Copyright © 2014 SARAWAKIANA