Konsep Kerjasama Wakil Rakyat Menjayakan Usaha Pembangunan


Sarawak sebuah negeri yang mempunyai geografi yang tidak menentu dan begitu luas. 31 Ahli Parlimen dan 82 Ahli Dewan Undangan Negeri mewakili kawasan yang diwakili bagi membawa satu pembangunan yang menjadi harapan rakyat secara keseluruhan.

Prestasi Ahli parlimen dan Adun akan diperhatikan oleh rakyat yang menilai siapa bekerja keras untuk rakyat.

Sememangnya rakyat memerlukan sebuah pembangunan yang menjadi impian selama ini, pada hakikatnya terdapat Ahli parlimen dan Adun yang begitu kuat bekerja untuk rakyat dan ada yang sekadar bekerja seperti melepaskan batuk di tangga.

Ada pula Adun yang bekerja keras untuk rakyat tetapi usaha tersekat apabila Ahli parlimen tidak dapat bekerjasama dan kesannya segala apa yang diperuntukkan oleh pusat tidak tercapai. Sebagai contoh Adun Barisan Nasional tetapi ahli parlimen adalah wakil dari parti pembangkang seperti DAP.

Jika Adun dan Ahli parlimen tidak mahu bekerjasama, segala masalah rakyat serta keperluan tidak akan sampai ke pengetahuan kerajaan. Ini disebabkan berlainan fahaman politik dan tiada usaha untuk bekerjasama, yang jadi mangsa adalah rakyat.

Pilihanraya Umum ke 14 akan datang akan menjadi titik tolak untuk mencari persefahaman Ahli parlimen dan Adun. Parti politik perlu bijak mencatur agar wakil rakyat mampu bekerjasama dan menjayakan agenda berteraskan rakyat terus dilaksanakan terutama parti politik daripada Barisan Nasional.-Sarawakiana

No comments:

| | Copyright © 2014 SARAWAKIANA