KJ Kini Berpangkat Brigadier Jeneral Askar Wataniah



KUALA LUMPUR – Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin mendahului pemakaian pangkat pegawai kanan sukarela dan kehormat Askar Wataniah (AW) di Wisma Pertahanan di sini hari ini.

Ahli Parlimen Rembau yang berusia 40 tahun itu dinaikkan pangkat daripada Kolonel ke Brigedier Jeneral pada 14 Januari tahun lalu dan kekal di dalam Rejimen 508 Askar Wataniah.

Khairy yang juga Ketua Pemuda UMNO, ditauliahkan sebagai Komander Rejimen 508 AW oleh Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Abdul Halim Mu’adzam Shah yang baharu pada 2014.

Pelantikan beliau turut dipersetujui Majlis Angkatan Tentera Malaysia untuk menggantikan Datuk Shahrom Mohammad yang kemudian dilantik sebagai penasihat Jawatankuasa Pendukung AW.

Untuk rekod, Khairy muncul sebagai sebagai Pelatih Terbaik Keseluruhan dan Pelatih Akademik Terbaik Kursus Asas Perajurit Muda (Sukarela) Siri 1/2010 Rejimen 508 AW pada 2010 lalu

Dilahirkan di Kuwait dan pernah mendapat pendidikan di Universiti Oxford, United Kingdom, beliau pernah menjalani latihan ketenteraan di sekitar Negeri Sembilan dan Johor selama sebulan

Turut dinaikkan pangkat mereka ialah Menteri Besar Terengganu, Ahmad Razif Abdul Rahman dan Ketua Setiausaha Perbendaharaan, Tan Sri Dr. Mohd. Irwan Siregar Abdullah.

Majlis pemakaian pangkat pegawai kanan sukarela dan kehormat AW itu disempurnakan Menteri Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein. – Agensi/Mynewshub

No comments:

| | Copyright © 2014 SARAWAKIANA