Kes Rasuah Di Sabah, Netizen Terkejut Bil Air RM20K


BERITA Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berjaya menjumpai wang tunai RM52 juta wang tunai dalam sebuah rumah milik pegawai kanan agensi kerajaan di Kota Kinabalu, Sabah, baru-baru ini ternyata menggemparkan seluruh rakyat negara ini.

Sehinggakan ada yang menyifatkan penemuan wang rasuah terbesar ini layak berada dalam Guinness World Record.

Ketika isu itu masih lagi hangat diperkatakan satu Malaysia, netizen dikejutkan pula dengan sehelai bil air dari Sabah berjumlah RM24,070.30.

Bil yang dimuat naik oleh Sumandak @Eezaleeza menerusi laman Twitter itu sekali gus mendapat perhatian dan menjadi viral menerusi media sosial.

“Hai Jabatan Air Sabah, Pengarah kena tangkap RM50M terus kami kena bayar bil air RM20K sebulan ka? What the?,” tulisnya.

Sementara itu, Sumandak turut menjelaskan bil itu adalah milik kilang sepupunya dan bukan bil rumah kediaman seperti sangkaan ramai.

“Ini kilang cousin, usually RM500-600. Kalau air kena curi pun paling2 1k-2k/month. This month tiba2 20k,” tulisnya.

Rata-rata netizen pula dilihat menzahirkan rasa terkejut selain menjadikan jumlah bil itu sebagai jenaka yang dikaitkan dengan kes rasuah yang berlaku di Sabah.

Bagaimanapun, tidak diketahui sama ada terdapatnya tunggakan besar yang terkumpul pada bulan-bulan terdahulu dan belum dijelaskan. – MYNEWSHUB.CC

No comments:

| | Copyright © 2014 SARAWAKIANA