Kerja Lebih Masa : 1 Daripada 5 Pekerja Berdepan Kematian




TOKYO - JEPUN. Satu daripada lima pekerja di Jepun berdepan risiko kematian kerana kerja berlebihan, menurut kaji selidik terbaharu oleh kerajaan negara itu.

Baratus-ratus kematian akibat terlalu banyak berkerja dilaporkan setiap tahun di Jepun membabitkan penyakit strok, serangan jantung dan bunuh diri sekaligus mencetuskan gesaan tindakan undang-udang bagi menangani masalah ini.

Kaji selidik ini adalah sebahagian daripada kertas putih pertama Jepun terhadap 'karoshi' atau kematian akibat terlalu banyak kerja dan disokong oleh Kebinet Perdana Menteri, Shinzo Abe.




Walaupun imej pekerja Jepun yang bekerja dalam tempoh berjam-jam setiap hari sebelum menaiki kereta api terakhir untuk pulang ke rumah semakin berubah, tetapi masih ramai yang menghabiskan masa berjam-jam di pejabat berbanding pekerja negara lain.

Menurut kajian itu, 22.7 peratus daripada syarikat-syarikat yang ditinjau antara Disember 2015 dan Januari 2016, beberapa pekerja mereka mencatatkan sebanyak 80 jam kerja lebih masa sebulan sekali gus memperlihatkan risiko kematian akibat kerja semakin serius.

Laporan itu menambah, kira-kira 21.3 peratus daripada pekerja Jepun bekerja 49 jam atau lebih setiap minggu secara purata, jauh melebihi 16.4 peratus yang dilaporkan di Amerika Syarikat, 12.5 peratus di Britain dan 10.4 di Perancis.

No comments:

| | Copyright © 2014 SARAWAKIANA