Kereta Masuk Parit Di Stutong, Mangsa Tidak Cedera


KUCHING:Seorang wanita berdepan detik cemas apabila kenderaan yang dipandunya terhumban ke dalam parit di Jalan Stutong sekitar jam 2.15 petang tadi.

Biarpun kenderaan mengalami kerosakan teruk namun mangsa tidak mengalami kecederaan dalam kemalangan jalan raya itu.

Menurut jurucakap bomba, sepasukan lapan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Tabuan Jaya dikerahkan ke lokasi kejadian.

"Setibanya di lokasi, anggota bomba terus bertindak menghampiru mangsa dan membuat penilaian awal insiden.

"Mangsa tidak terswpit dan tidak mengalami kecederaan. Anggota yang berada di lokasi bertindak mengeluarkan mangsa menggunakan pengusung, mangsa kemudiannya diserahkan kepada ambulans," katanya.-Sarawakiana

No comments:

| | Copyright © 2014 SARAWAKIANA