Kereta ‘Hancur’ Bukan Parkir Berlapis Tapi…


KECOH di laman sosial apabila apabila sekeping gambar sebuah kereta jenis Perodua Myvi yang dirosakkan kerana dikatakan parkir berlapis di Taman Ampang Mewah, Ampang.

Dikatakan, kenderaan tersebut dirosakkan kerana konon diletakkan secara berlapis menyebabkan pemilik kereta lain yang turut diparkir di kawasan itu berang.

Akibat berang, kereta itu dirosakkan dengan kedua-dua belah pintu dibengkokkan, cermin dipecahkan dan remuk di beberapa bahagian kenderan itu.

Bagaimanapun, tiada butiran mengenai pemilik dan individu yang terlibat dalam kejadian itu.

Ada netizen yang menyokong tindakan merosakkan kenderaan itu kerana ianya menyusahkan pemilik kereta lain yang turut parkir di kawasan itu.

“Ini la yang selama saya nanti-nantikan dari rakyat Malaysia.. Saya sokong tindakan ini sebab tuan punya kereta menyusahkan semua orang.. Terbaik untuk pengajaran semua orang,” tulis Samsul Abu Bakar di Facebooknya.

Bagaimanapun, perkongsian berkenaan ‘disiasat’ netizen dan mendapati ianya adalah kes gaduh dan bukannya kejadian ‘double park’ seperti yang dikecohkan dalam laman sosial.

Han Ji-Eun Didiey Daeiyyan dalam perkongsiannya dalam Facebook berkata, kejadian berkenaan adalah kes pergaduhan dan bukannya sebab isu parkir seperti yang didakwa serta dikongsi dalam laman sosial.

Menurutnya, kejadian berkenaan membabitkan beberapa individu yang bergaduh hingga menyebabkan kenderaan itu menjadi mangsa dan teruk dirosakkan.

Dia yang tinggal di tingkat 14 di salah sebuah rumah pangsapuri berhampiran dengan tempat kejadian turut menyaksikan insiden tersebut dari rumahnya.

“Ini kes gaduh semalam di kawasan rumah saya, Fatimah Ghous, Taman Ampang Mewah. Kalau tengok, mereka bergaduh macam dalam filem,” katanya.

Katanya, kejadian tersebut disaksikan ramai penghuni dari aras kediaman masing-masing.

Difahamkan, kenderaan Myvi itu ditinggalkan begitu sahaja selepas kejadian yang dipercayai berlaku dua hari lalu. – MYNEWSHUB.CC

No comments:

| | Copyright © 2014 SARAWAKIANA