Kerajaan Setuju Ketua Audit, SPRM Pantau


PUTRAJAYA: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak bersetuju semua projek kerajaan membabitkan kos RM500 juta ke atas disertai Ketua Audit Negara dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bagi mengelakkan ketirisan.

Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Dr Ali Hamsa, berkata Ketua Audit Negara dan SPRM juga bersedia untuk terbabit dalam pengurusan projek berkenaan, seperti yang dilaksanakan dalam beberapa projek mega kerajaan sebelum ini.

"Kita teruskan sahaja seperti yang sudah dibincangkan daripada projek mega (sebelum ini), sekarang bagi projek RM500 juta dan ke atas pula.

"Dulu memang sudah ada dan kini, kita mahu kuatkuasakan dengan mengadakan pasukan petugas (bagi setiap projek terbabit)," katanya pada sidang media di sini, semalam.

Terdahulu, beliau menghadiri Persidangan Tahunan Agama 'Menyemai Kasih di Dunia, Menuai Cinta di Syurga' anjuran Persatuan Suri dan Anggota Wanita Perkhidmatan Awam (PUSPANITA). Yang turut hadi, Yang Dipertua PUSPANITA, Puan Sri Rohani Abdullah.

Pada majlis itu, Ali yang juga Penasihat PUSPANITA, menyapaikan sumbangan kebajikan berjumlah RM130,000 kepada 41 pusat kegiatan warga emas dan sembilan sekolah rendah serta menegah yang mempunyai kelas pendidikan khas.

Minggu lalu, Ali mencadangkan supaya projek kerajaan dengan kos 500 juta ke atas turut disertai Ketua Audit Negara dan SPRM bagi membanteras, penyelewengan atau salah guna kuasa.

Dalam pada itu, Ali berkata, gred pegawai Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM), Anisah Ali, 54, yang maut dilanggar kenderaan tonto ketika bertugas mengejar penyeludup rokok di Rantau Panjang, Kelantan, Ahad lalu akan dinaikkan gred daripada Gred 22 kepada 26, seperti yang dicadangkan Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS). - BH

No comments:

| | Copyright © 2014 SARAWAKIANA