Kerajaan Pusat Pentingkan Hak Pemilik Tanah Adat



BINTULU : Pembentangan bajet 2017 semalam telah memyediakan RM30 juta untuk penyukatan tanah di Sarawak adalah sambungan daripada bajet sebelum ini.

Ahli Parlimen Julau Datuk Joseph Salang Gendum berkata, peruntukan tersebut telah diperuntukkan beberapa tahun yang lalu dan bajet kali ini adalah sambungan seterusnya dan membuktikan kerajaan pusat mementingkan hak pemilik tanah adat.

"Penyukatan tanah adat adalah sesuatu yang penting dan mesti dijalankan dengan betul.

"Bukan sekadar menyukat tanah secara perimeter survei tetapi kita juga hendakkan lot-lot individu juga akan disukat dan dikeluarkan geran," katanya kepada Sarawakiana.

Salang turut mengulas tentang bajet 2017 sebagai bajet yang menyeluruh dan mesra rakyat.

"Semua lapisan masyarakat mendapat kebaikan daripada bajet tersebut dan ia begitu menyeluruh kepada golongan muda, masyarakat yang kurang berkemampuan dan sebagainya.

"Yang begitu menarik ialah Perdana Menteri tidak pernah lupa tentang sektor pertanian atau peladangan agar anak muda menceburi dalam sektor tersebut," ujarnya.

Menurut Salang, bajet semalam memperuntukkan sejumlah dana yang besar kepada sektor tersebut dan mahukan anak muda aktif menceburi bidang tersebut dan turut mempergiatkan diri dalam perniagaan agro.-Sarawakiana

No comments:

| | Copyright © 2014 SARAWAKIANA