Kemeriahan Ketibaan iPhone 7 Di Malaysia


SELEPAS lebih sebulan dilancarkan di pasaran antarabangsa, hari ini berakhirlah penantian pengguna di Malaysia untuk memiliki iPhone 7.

Siri terbaharu jenama telefon pintar Apple itu secara rasminya mula dijual di kedai-kedai telefon serta rangkaian pusat telekomunikasi di seluruh negara.

Sejak lewat malam semalam, pengguna laman media sosial ada yang sudah melakukan countdown, malah ada yang tidak kisah untuk bermalam di hadapan kedai.

Antara yang menarik ialah promosi yang dilakukan pembekal sistem telekomunikasi Celcom di Sunway, apabila menawarkan iPhone 7 dengan harga RM7 untuk tujuh pelanggan pertama.

Rata-rata netizen memuji rekaan telefon pintar itu yang disifatkan cantik dan classy.

Namun ada juga yang merungut dan berpendapat harga yang diletakkan untuk model berkenaan terlalu tinggi.

Melalui tinjauan di media sosial, harga paling rendah yang ditawarkan untuk iPhone 7 adalah RM 3,199. - Awani

No comments:

| | Copyright © 2014 SARAWAKIANA