Keluarga konsulat AS diarah tinggalkan Istanbul


WASHINGTON: Jabatan Negara Amerika Syarikat mengemas kini amaran perjalanannya ke Turki dengan mengarahkan anggota keluarga kakitangan konsulat di Istanbul meninggalkan bandar raya itu berikutan ancaman terhadap warga Amerika Syarikat.

"Jabatan Negara membuat keputusan ini berdasarkan maklumat keselamatan menunjukkan kumpulan militan meneruskan usaha agresif menyerang rakyat Amerika di beberapa kawasan di Istanbul," kata jabatan itu dalam satu kenyataan.

Jabatan Negara berkata, Konsulat Jeneral Amerika di Istanbul masih dibuka dan berkata arahan tidak termasuk diplomatik lain di Turki.

Amaran pada Sabtu itu mengemas kini nasihat terdahulu Jabatan Negara yang meningkatkan amaran daripada kumpulan militan di seluruh Turki.

Ia turut menasihatkan rakyat Amerika supaya tidak ke tenggara negara itu dan menggesa mereka berwaspada dengan risiko melancong ke mana-mana di Turki. - REUTERS

No comments:

| | Copyright © 2014 SARAWAKIANA