Kegiatan jual nombor loteri haram masih berleluasa


KUCHING: Masih ada lagi yang tidak gentar sungguhpun serbuan terus dilakukan polis untuk membanteras kegiatan penjualan nombor loteri haram di seluruh negeri.

Ketua Polis Daerah ACP Abang Ahmad Abang Julai berkata terbaharu, seorang lelaki berusia 24 tahun ditangkap di kawasan Tabuan Jaya selepas didapati menjual loteri haram sekitar jam 4.45 petang Rabu lepas.

Menurutnya, lelaki terbabit yang berasal dari Kampung Tabuan Hilir beroperasi secara terbuka semasa serbuan dilakukan anggota Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) IPD Kuching.

“Hasil pemeriksaan oleh anggota JSJ IPD Kuching terhadap suspek yang mulanya dilihat dalam keadaan mencurigakan berjaya menemui slip yang tercatat angka-angka disyaki pertaruhan loteri.

“Suspek kemudian ditahan untuk siasatan lanjut,” katanya dalam satu kenyataannya di sini semalam.

Selain itu, polis turut merampas seunit telefon bimbit, alat pencetak mudah alih dan wang tunai.

Suspek kini ditahan reman di bawah Seskyen 4A(a) Akta Rumah Judi Terbuka 1953.-UB

No comments:

| | Copyright © 2014 SARAWAKIANA