Kedai Perabot Disamun, Pekerja Warga Bangladesh Kena tTtak



IPOH: Seorang pekerja kedai perabot warga Bangladesh luka di kepala akibat ditetak seorang daripada tiga lelaki bersenjatakan parang dalam kejadian samun kedai berkenaan di Jalan Besar Jelapang, dekat sini, hari ini.

Dalam kejadian jam 2.30 petang tadi, mangsa yang luka di kepala dirawat di Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB). Timbalan Ketua Polis Daerah Ipoh, Superintendan Mohd Nor Rasid, berkata dalam kejadian itu suspek yang bersenjatakan parang dan menaiki dua motosikal jenis Honda EX5 dan Yamaha LC cuba melarikan wang tunai dari kedai berkenaan.

"Mangsa ditetak suspek menyebabkan mangsa mengalami luka di kepala sebelum ketiga-tiga suspek melarikan diri bersama wang tunai berjumlah RM655.

"Bagaimanapun orang awam yang melihat kejadian itu menendang motosikal dinaiki salah seorang suspek menyebabkannya terjatuh dan ditangkap sebelum diserahkan kepada polis," katanya di sini, hari ini.



Beliau berkata, suspek yang ditahan berusia 33 tahun berasal dari Alor Setar, Kedah dan hasil semakan mendapati suspek mempunyai 13 rekod jenayah lampau membabitkan pelbagai kes manakala motosikal Honda EX5 ditungganginya menggunakan nombor pendaftaran palsu.

Katanya, suspek akan direman esok manakala dua lagi suspek yang melarikan diri bersama wang tunai sedang diburu dan kes disiasat mengikut Seksyen 394 Kanun Keseksaan.-UB

No comments:

| | Copyright © 2014 SARAWAKIANA