Kecewa Pembedahan Ditunda, Potong Jari Kaki Sendiri


SEORANG pengidap diabetes, Paul Dibbins, 57, telah memotong jari kakinya sendiri dengan menggunakan plier selepas pembedahan yang dijadualkan ke atasnya telah dibatalkan pada saat-saat akhir.

Paul, yang merupakan pesara tentera dijadual menjalani pembedahan untuk memotong kaki kanannya dari bahagian lutut ke bawah selepas anggota badan berkenaan mengalami gangrene.

Keadaan itu berlaku semasa dia membaiki kereta anaknya yang tersadai di jalan masuk ke rumah mereka di puncak bukit, dalam cuaca sejuk.

Namun selepas pembedahan itu ditunda, Paul yang berasal dari Buckfastleigh, Devon, berasa bosan dengan keadaan berkenaan dan memutuskan untuk merawat dirinya sendiri.

Tanpa mengambil sebarang ubat penahan sakit, Paul menggunakan pengetahuannya mengenai pertolongan cemas dengan mengikis daging mati di sekitar kedua-dua jari kaki terlebih dahulu.

Sambil duduk di ruang tamu, dia kemudiannya memotong jari kaki berkenaan dan proses itu mengambil masa selama sejam.

“Seorang pakar bedah memberitahu saya bahawa ia lebih kepada bernasib baik manakala seorang lagi pakar bedah menyatakan saya gila,’’ katanya. – MYNEWSHUB.CC

No comments:

| | Copyright © 2014 SARAWAKIANA