Kebakaran HSA: Tiada Rakyat Sarawak Terkorban Atau Cedera


KUCHING: Menteri Muda Kebajikan dan Kesejahteraan Komuniti Dr Abdul Rahman Ismail mengesahkan tiada rakyat negeri ini terkorban atau cedera dalam kebakaran Hospital Sultanah Aminah (HSA) yang berlaku kira-kira 9 pagi semalam.

Pengesahan yang dibuat beliau itu adalah disebabkan ramai rakyat Sarawak menetap di Johor Bahru.

"Kita tidak menerima laporan rakyat negeri ini menjadi mangsa kebakaran yang meragut enam nyawa itu," katanya.

Kejadian tersebut tegasnya patut menjadi pengajaran kepada semua hospital dan pusat kesihatan untuk memastikan kejadian sama tidak berulang.

Mengenai bantuan yang akan diberikan kerajaan negeri, beliau menjelaskan perkara tersebut akan dibincangkan dengan kementeriannya.

"Perkara ini akan dibincangkan dengan kementerian, kita lihat dari segi sokongan dan bantuan yang patut dihulurkan terutama kepada keluarga mangsa," ujarnya.-Sarawakiana

No comments:

| | Copyright © 2014 SARAWAKIANA