Kawalan Di Perairan Timur Sabah Dipertingkatkan-Polis


KUALA LUMPUR - Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan pertingkatkan lagi kawalan keselamatan dengan melaksanakan operasi berterusan di perairan timur Sabah bagi menggelakkan sebarang insiden pencerobohan berlaku.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata ini susulan tindakan pihak berkuasa Filipina yang sedang giat melancarkan serbuan di kawasan tumpuan militan di negara itu.

"Operasi di Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (Esscom) memang diteruskan kerana kita bimbang dengan tindakan pihak berkuasa Filipina ini kemungkinan anggota militan ini bertindak melarikan diri ke negara kita.

"Justeru itu, kita akan pertingkatkan lagi kawalan keselamatan bagi mengelakkan mereka bolos ke negara kita," katanya kepada pemberita selepas merasmikan majlis penutupan Program Diploma Eksekutif Sains Siasatan sesi 2015/2016 di Maktab PDRM di sini, hari Ini.

Menurutnya, operasi Esscom itu turut menyasarkan untuk menangkap individu yang menjadi dalang dalam kumpulan militan terbabit. - Bernama


No comments:

| | Copyright © 2014 SARAWAKIANA