Kaunter '1Serve' Inisiatif Penambahbaikan Perkhidmatan Kerajaan


KOTA SAMARAHAN : 1Serve yang digagaskan oleh kerajaan melalui pendekatan Strategi Lautan Biru Kebangsaan (NBOS) merupakan satu inisiatif tranformasi menambahbaik mutu perkhidmatan kaunter kerajaan.

Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam Tan Sri Mohamad Zabidi Zainal berkata, melalui pendekatan ini, rakyat boleh mendapat semua perkhidmatan yang ditawarkan hanya melalui satu kaunter.

Menurutnya, kaunter 1Serve JPA4U bukan sahaja menawarkan perkhidmatan JPA malah menyediakan perkhidmatan merentas jabatan seperti perkhidmatan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN), Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) dan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ).

"Justeru inisiatif ini telah melebarkan horizon perkhidmatan kaunter melalui suntikan nilai tambah yang signifikan dan di luar amalan biasa," katanya ketika berucap pada Majlis Perasmian NBOS JPA Outreach Programe di INTAN Kampus Sarawak di sini sebentar tadi.

Beliau memberitahu inisiatif ini lebih cenderung kepada penambahbaikan perkhimatan kaunter kerajaan dan selaras dengan prinsip 'Do More with Less for More'.-Sarawakiana

No comments:

| | Copyright © 2014 SARAWAKIANA