Karnival Sarawakiana Ketengah Dan Perkenal Warisan Seni Budaya Sarawak


Kuching : Karnival Sarawakiana 2016 anjuran Pustaka Negeri Sarawak bakal menyajikan pelbagai program dan aktiviti menarik bertempat di Pustaka Negeri Kuching pada 29 hingga 31 Oktober ini.

Ketua Pegawai Eksekutif Pustaka Negeri Sarawak, Puan Rashidah Hj Bolhassan berkata, karnival ini diadakan bertujuan untuk mengetengahkan warisan budaya tempatan, sejarah dan kesenian masyarakat di Sarawak.

"Kebudayaan tersebut meliputi pelbagai aspek kehidupan rakyat Sarawak yang tidak hanya tertumpu kepada pakaian, tarian, muzik dan gaya hidup, malah meliputi permainan, makanan dan bidang penulisan,"

“Pada tahun ini, Karnival Sarawakiana telah dijadikan ‘signature event’ dan acara tahunan bagi memberikan impak yang lebih besar dengan mengekalkan tema "Tradisi Kita, Khazanah Kita"," katanya dalam sidang media di sini, hari ini.

Tambah beliau lagi, pelbagai bengkel, gerai jualan, pertandingan bermukun, demonstrasi masakan, demonstrasi tarian, demonstrasi kraftangan, pertandingan nyanyian lagi tradisional dan banyak lagi akan diadakan sepanjang karnival berlangsung.

Karnival tersebut akan dirasmikan oleh Timbalan Menteri merangkap Menteri Pelancongan, Kesenian dan Kebudayaan Sarawak, Datuk Amar Abang Haji Abdul Rahman Zohari.

Orang ramai juga diseru datang bersama keluarga agar dapat memeriahkan sambutan karnival itu nanti. - Sarawakiana    

No comments:

| | Copyright © 2014 SARAWAKIANA