Kantoi Rogol Budak Lepas Derma Beg Ke Pusat Kebajikan


SEORANG lelaki dari Ohio, Amerika Syarikat, Gary Sovie dijatuhi hukuman penjara 17 tahun selepas dia didapati bersalah merogol seorang kanak-kanak perempuan berusia dua tahun.

Jenayah yang dilakukannya pada tahun 1999 terbongkar baru-baru ini selepas Gary; 49, mendermakan sebuah beg yang mengandungi beberapa foto kejadian rogol tersebut di sebuah pusat kebajikan.

Pihak polis membuka kertas siasatan selepas penemuan tersebut dan hasil soal siasat Gary mengaku melakukan jenayah terkutuk itu.

Selain dipenjarakan 17 tahun, Gary turut diarahkan membayar denda sebanyak US$35,000 (RM146,433). – MYNEWSHUB.CC

No comments:

| | Copyright © 2014 SARAWAKIANA