• Kami Hormati Penganjur Pasar Malam, kata Sukarelawan Bersih

    Published: Wednesday, 12 October 2016
    A- A+

    KUCHING: Sukarelawan Bersih 5 di Sarawak yang terlibat dalam insiden diusir dari Pasar Malam Belia Metrocity di sini malam tadi, hari ini tampil memberi penjelasan tentang perkara sebenar yang berlaku.

    Nurhanim Hana Mokhsen menerusi akaun Facebooknya berkata, pihaknya akur pada permintaan penganjur Pasar Malam agar beredar, meskipun menyedari tidak berada dalam kawasan seliaan yang dimaksudkan.

    Menurutnya, pihaknya tidak berada di 'dalam' kawasan Pasar Malam Metrocity seperti di laporkan, sebaliknya hanya berada di luar kawasan tersebut iaitu di bahu jalan masuk ke kawasan Pasar Malam.

    “Kami di minta beredar daripada lokasi tersebut di atas alasan kerana tidak membayar sewa.

    “Kami akur walau pun kami juga maklum bahawa kami berada di luar kawasan panganjur kerana kami menghormati permintaan pihak penganjur Pasar Malam,” katanya yang mengakui sebagai sukarelawan Bersih 5.

    Menjelas lanjut, beliau berkata pihaknya faham dan sangat maklum akan peraturan untuk berniaga di tapak Pasar Malam Metrocity.

    “Kami akhirnya berpindah hanya beberapa kaki daripada lokasi pertama sebagai menunjukkan tanda hormat kami terhadap penganjur,” jelasnya

    Beliau bagaimanapun turut memberitahu, pihak Pasar Malam bersetuju untuk membenarkan sukarelawan Bersih masuk ke kawasan Pasar Malam mengedar risalah, dan hanya tidak membenarkan penjualan baju T Bersih.

    “Oleh itu, saya harap kata-kata ini akan di kotakan apabila kami ke sana untuk mengedar risalah Bersih 5 nanti,” katanya. – Sarawakiana

    Baca berita terdahulu: Penjual Baju Bersih 5 Dihalau Dari Pasar Malam Metrocity
  • No Comment to " Kami Hormati Penganjur Pasar Malam, kata Sukarelawan Bersih "