Jurujual Tayang ‘Berlian Asli’ Tarik Perhatian Pelanggan


SEORANG jurujual wanita di sebuah kedai jualan barang kemas di China sanggup melakukan ‘teknik’ promosi yang luar biasa daripada pesaing-pesaingnya.

Difahamkan kejadian tersebut sempat dirakam di Lukfook Jewellery sebelum tersebar menerusi laman internet gara-gara promosi yang terlampau ‘unik’ itu.

Menerusi rakaman video berdurasi 40 saat yang dimuat naik oleh Shanghaiist, jurujual wanita berkenaan hanya menconteng payudaranya dengan motif berlian.

Mereka turut memberikan beberapa pose menarik kepada pelanggan yang lalu-lalang di hadapan kedainya.

Meskipun berada dalam keadaan separuh bogel, jurujual itu seolah-olah sudah lali dengan mata-mata yang memandangnya dan tidak menunjukkan sebarang reaksi rasa malu pun pada riak wajahnya.

Tambah laman berita itu lagi, teknik promosi sebegitu bukan pertama kali dilakukan.

Menurut laman Apple Daily, teknik pemasaran yang sama juga pernah dilakukan oleh sebuah kedai di Shenzhen yang menampilkan wanita separuh bogel dalam usaha melariskan produknya.

Pun begitu, laman tersebut tidak menyatakan keberkesanan teknik pemasaran yang digunakan itu. – MYNEWSHUB.CC

No comments:

| | Copyright © 2014 SARAWAKIANA