Jual Haiwan Terlindung, Dua Rakyat Brunei Ditahan



MIRI: Dua rakyat Brunei ditahan Jabatan Perhutanan Sarawak (JPS) Miri berkaitan penjualan kucing hutan yang menjadi binatang terlindung di negeri ini.

Kes berkenaan telah diserah kepada JPS dan akan dikenakan tindakan undang-undang bersabit kesalahan berhubung akta berkaitan dengannya.

Menurut Pegawai JPS, Aktiviti penjualan kucing hutan telah diketahui melalui media sosial yang giat memviralkan penjualan haiwan tersebut.

“Sehubungan itu siasatan dijalan kan mengikut bukti yang telah diviralkan di media sosial dan ini adalah kes yang pertama kali ditangani oleh JPS.

“Semasa tangkapan dibuat, haiwan berkenaan masih hidup dan dibawa masuk ke Sarawak untuk dijual dengan harga menjangkau RM20,000," kata salah seorang pegawai JPS.

Tambah beliau, sehubungan itu kes berkenaan akan dibawa ke mahkamah dan didakwa atas akta-akta yang berkaitan.

"Jika sabit kesalahan, pesalah akan didenda sejumlah RM25,000 dan dipenjara dua tahun jika sabit kesalahan yang di bawah Seksyen 29 (C) Ordinan Perlindungan Hidupan Liar 1998.

"Dalam kes yang berlainan, dua orang telah didapati membunuh haiwan tersebut di Bakun," ujarnya.

Kes tersebut juga hasil viral di media sosial dan JPS sedang mengesan lokasi pembunuh haiwan tersebut, katanya kepada media di sini semalam.-Sarawakiana

No comments:

| | Copyright © 2014 SARAWAKIANA