JTS Sangkal Dakwaan Tidak Bayar Pampasan Kepada Penduduk Matadeng


KUCHING: Jabatan Tanah dan Survei (JTS) menyangkal dakwaan kerajaan tidak membayar pampasan kepada penduduk Matading tanah dikawasan itu digunakan untuk Projek Matadeng/Bedengan Sub-Centre, Mukah yang diluluskan pada 2003.

Menurut jurucakap JTS, pengambilan balik tanah selesai pada 2012 dan kerajaan menawarkan pampasan kepada tanah berhakmilik.

Bagaimanapun katanya, bagi mereka yang menuntut pampasan di tanah kerajaan meskipun tiada wujud Hak Adat Bumiputera (NCR) yang tulen, kerajaan menawarkan bayaran saguhati tetapi kesemuanya ditolak.

"Oleh yang demikian, dakwaan menyatakan kerajaan tidak membayar pampasan adalah tidak benar. Dalam hal ini, kerajaan amat prihatin ke atas hak rakyat dan keperluan pembangunan kawasan di luar bandar," katanya menerusi kenyataan akhbar.

Beliau berkata, adalah tidak wajar penduduk menuduh kerajaan mengabaikan keperluan rakyat tanpa fakta yang kukuh.

"Justeru itu, adalah tidak sepatutnya mereka ini mengambil tindakan yang boleh membantut usaha murni kerajaan dalam membawa pembangunan ke kawasan yang mundur tetapi berpotensi memberi sumber pekerjaan kepada penduduk setempat," ujarnya.

Oleh yang demikian jelasnya, JTS tidak akan teragak-agak mengambil tindakan berasaskan undang-undang demi memastikan hasrat murni kerajaan tidak dihampakan oleh mana-mana pihak yang hanya mementingkan keperluan sendiri.-Sarawakiana

No comments:

| | Copyright © 2014 SARAWAKIANA