JPA Lancar Program Menerusi NBOS Untuk Manfaat Orang Ramai


KOTA SAMARAHAN : Objektif utama program yang dilancarkan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) melalui Strategi Lautan Biru Kebangsaan (NBOS) tentang 1Serve dan 1Pesara untuk melaksanakan hebahan dan meningkatkan kesedaran mengenai pelaksanaan inisiatif JPA kepada kumpulan fokus utama iaitu penjawat awam, pesara dan orang ramai.

Setiausaha Kerajaan Negeri Sarawak Tan Sri Datuk Amar Morshidi Abdul Ghani berkata, inisiatif ini berperanan meningkatkan ilmu pengetahuan bagi pengurus dan pegawai sumber manusia di peringkat negeri dan persekutuan bagi pengurusan dokumen persaraan yang lengkap.

"Ianya juga menyediakan satu platform kepada penjawat awam yang bakal bersara dan pesara bagi berkongsi pengalaman faktor kejayaan serta cabaran dalam melaksanakan inisiatif 1Serve dan 1Pesara.

"Juga sesi interaksi bagi pemperosesan dokumen persaraan di peringkat agensi masing-masing," katanya pada Majlis Perasmian NBOS JPA Outreach Program di INTAN Kampus Sarawak di sini sebentar tadi.

Menurut beliau, inisitif ini juga akan memberi suntikan semangat dan motivasi secara langsung kepada petugas bahagian hadapan bakal pesara dan penjawat awam di bawah inisiatif JPA untuk perkhidmat dengan penuh semangat dan seterusnya mencipta kelainan serta nilai tambah penyampaian perkhidmatan.-Sarawakiana

No comments:

| | Copyright © 2014 SARAWAKIANA