JKR Nasihat Elak Guna Jejantas Di Jalan Tun Jugah


KUCHING: Orang ramai terutamanya pelajar sekolah dinasihatkan supaya tidak menggunakan jejantas di Jalan Tun Jugah bersebelah SJK Stampin.Stampin disebabkan terdapat kesan retakan akibat dilanggar jentera berat, petang semalam.

Memetik laporan akhbar utusan Borneo hari ini, Jabatan Kerja Raya (JKR) Kuching mengeluarkan arahan kepada pejalan kaki agar tidak menggunakan jejantas berkenaan buat sementara waktu dan pihaknya akan melakukan pemeriksaan terperinci dalam mengenalpasti kerosakan pada jejantas tersebut.

Difahamkan jejantas setinggi 4.7 meter tersebut semalam telah dilanggar sebuah lori treler yang membawa muatan dua buah jentera berat yang dipercayai melebihi had ketinggian ditetapkan.

Impak daripada insiden tersebut menyebabkan keretakan di beberapa bahagian di jejantas berkenaan dan berisiko runtuh jika tidak diperbaiki dengan kadar segera.

Sementara itu, menurut Ketua Trafik Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Sarawak DSP Aleson Naga semasa dihubungi mengesahkan perkara tersebut dan memberitahu pihaknya sehingga kini pemandu treler dan pihak bertanggungjawab ke atas jejantas masih belum membuat laporan polis.

Sebarang pertanyaan berkaitan kes boleh berhubung dengan Ketua Trafik Daerah Kuching DSP Heyfear menerusi talian 019-8550104.-Sarawakiana

No comments:

| | Copyright © 2014 SARAWAKIANA