JKR Diarah Siasat Aduan Kontraktor


KUALA LUMPUR: Jabatan Kerja Raya (JKR) diarah menjalankan siasatan terperinci terhadap dakwaan Persatuan Kontraktor Bumiputera Kelas F (PERKOBF) bahawa hampir 80 peratus projek turap jalan di negara ini diserahkan kepada pihak ketiga.

Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Fadillah Yusof, berkata siasatan juga dibuat terhadap dakwaan berlaku ketirisan di bahagian pengurusan dan jabatan berkaitan yang didakwa menerima tender ditetapkan kementerian.

“Jika membabitkan jalan di bawah seliaan kementerian, iaitu jalan Persekutuan dan jika disertakan bukti kukuh, tindakan tegas akan diambil,” katanya dalam satu kenyataan semalam dan meminta orang ramai menyalurkan mahlumat atau aduan menerusi pelbagai saluran yang disediakan.

Beliau yang menyambut baik saranan PERKOBF supaya kontraktor dan pemantau projek mengikuti kursus khas penyelenggaraan jalan bagi memastikan mereka memiliki sijil sebaik melepasi ujian disediakan, mahu JKR dan Lembaga Pembinaan Malaysia (CIDB) melaksanakan kursus berkenaan. -BH

No comments:

| | Copyright © 2014 SARAWAKIANA