JKM Agih Ratusan Makanan Kepada Pesakit, Staf HSA


JOHOR BAHRU – Ratusan pek makanan dan minuman diagihkan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Johor untuk pesakit dan kakitangan bertugas di Hospital Sultanah Aminah (HSA) di sini.

Portal Harian Metro melaporkan, Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat negeri, Asiah Md. Ariff berkata, tindakan itu susulan kebakaran di salah sebuah wad hospital berkenaan pagi Selasa.

Ia melibatkan sebanyak 500 bungkusan dan kerja pengagihan dijalankan pada petang. Pada masa sama, pihaknya turut menggerakkan sukarelawan JKM di Johor Bahru untuk membantu pelbagai misi lain yang diperlukan.

Dalam pada itu, Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr. Noor Hisham Abdullah mengesahkan seramai 10 kakitangan HSA didahkan terbabit dalam kejadian kebakaran di tingkat dua Unit Rawatan Rapi (ICU) hospital berkenaan.

Dua daripadanya dipindahkan ke ICU Hospital Sultan Ismail dekat sini, manakala seorang lagi masih berada di hospital berkenaan. Seramai tujuh lagi kakitangan sedang dipantau rapi kerana mengalami kecederaan.

“Selain itu, seorang pesakit yang kritikal dihantar ke Unit Kebakaran Hospital Sultan Ismail,” kata Dr. Noor Hisham menerusi kenyataan dalam laman Facebook beliau pada hari ini. – Agensi/Mynewshub.cc/HAA

No comments:

| | Copyright © 2014 SARAWAKIANA