'Jika Jerman ada Hitler, Filipina ada saya...'



CEBU - FILIPINA. Presiden Filipina, Rodrigo Duterte dalam satu ucapannya menyamakan dirinya dengan pemimpin Nazi Jerman, Adolf Hitler dan berkata, beliau 'bahagia' untuk menghapuskan tiga juta pengguna dan pengedar dadah di negara itu.

Duterte yang memberi ucapan itu pada Jumaat lalu di Davoa, telah mencetuskan kemarahan di kalangan kelompok Yahudi Amerika Syarikat (AS) lantas membayangkan akan wujud tekanan ke atas pemimpin itu daripada pihak AS.

"Perkembangan ini amat membimbangkan," kata Jurucakap Jabatan Negara AS, Mark Toner petik laporan Reuters.

Dalam pada itu Duterte memberitahu pemberita bahawa beliau telah "digambarkan sebagai sepupu kepada Hitler" oleh pengkritik.

Menyedari bahawa Hitler telah membunuh berjuta-juta orang Yahudi, Duterte berkata, "ada 3 juta penagih dadah (di Filipina). Saya gembira untuk menyembelih mereka.

[ARTIKEL BERKAITAN: 60,000 penagih dadah serah diri]

"Jika Jerman mempunyai Hitler, Filipina mempunyai ...," katanya, berhenti dan menunjuk kepada dirinya sendiri.

"Anda tahu mangsa saya. Saya mahu (mereka penjenayah) dihapuskan untuk menyelesaikan masalah negara saya dan menyelamatkan generasi akan datang daripada kebinasaan," katanya lagi.

Sejak Duterte mengambil alih jawatan Presiden pada 30 Jun lalu, lebih daripada 3,100 orang telah terbunuh sejak itu, kebanyakannya didakwa pengguna dan pengedar dadah.-SH

No comments:

| | Copyright © 2014 SARAWAKIANA