Jijik! Lelaki Kencing Atas Buah Untuk Kelihatan Segar



SEBUAH video berdurasi lebih dua minit memaparkan perbuatan tidak senonoh dan bertamadun serta menjijikkan seorang lelaki.

Menerusi video yang tersebar seorang lelaki memakai seluar pendek, berbaju-T dan helmet dilihat membuang air kecil ke atas buah-buahan yang dijual sebuah gerai yang terletak di tepi jalan.

Namun, laman Kelab Info Malaysia tidak menyatakan informasi terperinci kejadian itu berlaku di mana dan bila ia dirakam.

Bagaimanapun, melalui rakaman itu beberapa individu dilihat berada di tempat kejadian, namun tidak menghiraukan atau kisah dengan perbuatan jijik lelaki itu.

Seorang wanita dilihat asyik menguruskan makan minum anak perempuannya yang masih kecil sambil diperhatikan oleh seorang lagi lelaki yang memakai baju berwarna hitam.

Suspek yang sedang ‘khusyuk’ melepaskan takungan airnya dihampiri lelaki berbaju hitam seolah-olah menyuruhnya berhenti daripada meneruskan perbuatan kejinya itu, namun tidak dihiraunya.

Setelah selesai melunaskan ‘hajatnya’ suspek dilihat menghampiri sebuah motosikal yang diparkir berdekatan gerai buah berkenaan sambil membetulkan seluarnya.

Disangkakan mahu meninggalkan tempat kejadian menggunakan motor berkenaan, namun sangkaan meleset apabila dia kembali duduk di atas sebuah kerusi plastik yang berada di hadapan gerai buah itu.

Tidak dapat dipastikan sama ada suspek merupakan pemilik gerai buah berkenaan atau individu lain yang berdendan dengan empunya gerai tersebut.

Oleh itu, nasihat kami kepada penggemar buah, berhati-hatilah semasa membeli buah-buahan. Cuci dahulu sebelum menjamahnya kerana malang memang tidak berbau! – MYNEWSHUB.CC

No comments:

| | Copyright © 2014 SARAWAKIANA