Jessica Ramaya Pernah Alami Pengalaman Memalukan


KUCHING : Setiap artis yang pernah membuat persembahan pentas sudah pasti pernah mengalami pengalaman yang memalukan.

Jessica Ramaya yang popular dengan lagu 'Mengkang Dalam Ati' mempunyai kelemahan memakai kasut tumit tinggi.

"Sejak beberapa tahun ini saya akan memakai kasut tapak rata bila membuat persembahan.

"Lebih selesa bila berada di atas pentas dan bebas melakukan tarian tanpa berasa gusar," katanya kepada Sarawakiana.

Menurut Jessica, beliau pernah mengalami saat yang begitu memalukan ketika hendak membuat persembahan.

"Ketika itu saya dijemput untuk membuat persembahan di Funfair Bintulu pada tahun 2014.

"Terpaksa memakai kasut tumit tinggi dan ketika hendak menaiki tangga pentas tiba-tiba saya hampir terjatuh gara-gara kasut tumit tinggi," ujarnya sambil ketawa.

Jessica menceritakan betapa malunya beliau ketika itu dan sejak itu beliau tidak lagi menggunakan kasut tumit tinggi dan lebih kerap menggunakan kasut tapak rata.

"Itulah kelemahan saya yang sehingga kini saya cuba elak guna kasut tumit tinggi," jelasnya mengakhiri temubual.-Sarawakiana

No comments:

| | Copyright © 2014 SARAWAKIANA