Jaring Ketam Dapat Anak Buaya


ALOR GAJAH: Dua nelayan terkejut apabila mendapati seekor anak buaya sepanjang kira-kira 0.8 meter terperangkap pada jaring ketam yang dipasang di persisir Pantai Pangkalan Balak, Masjid Tanah, di sini, pagi ini.

Dalam kejadian 7.30 pagi itu, Abdul Rahim Azali, 31, dan Ramlan Kadir, 37, menarik jaring ketam yang dipasang kira-kira 100 meter dari pantai terbabit.

Abdul Rahim berkata, pada mulanya dia menyangka hidupan air yang tersangkut pada mata kail berukuran empat sentimeter itu, adalah 'meriang' atau biawak besar tetapi amat terkejut apabila mendapati haiwan itu, anak buaya.

Bagaimanapun, reptilia terbabit sudah mati ketika ditarik naik ke dalam perahu gentian kaca.

"Saya tidak sampai hati membuang anak buaya itu ke dalam laut. Jadi, saya bawa naik ke pantai untuk ditanam," katanya kepada Harian Metro ketika ditemui di pantai itu hari ini.-HM

No comments:

| | Copyright © 2014 SARAWAKIANA