Jari Manusia Jadi ‘Ramuan’ Tambahan Mi Ramen Di Jepun



JIJIK… Seorang wanita terpaksa berhadapan dengan situasi menjijikkan apabila menemui hujung ibu jari manusia dalam mi ramen yang dipesannya di sebuah rangkaian restoran popular di Jepun.

Japan Today melaporkan, hujung ibu jari berkenaan ditemui dalam mangkuk ramen seorang pelanggan wanita pada bulan lalu selepas hampir memakan ramuan tambahan itu.

Pegawai kesihatan tempatan berkata, ‘ramuan’ yang ditemui itu adalah sebahagian jari dengan kuku dengan kulit tebal kira-kira satu sentimeter lebar dan tujuh hingga lapan milimeter panjang.

Susulan kejadian itu, restoran yang dikendalikan Kourakuen Holdings diarahkan untuk membersihkan peralatan memasak dan memeriksa kesihatan setiap pekerja.

Dalam kejadian itu, seorang pekerja wanita yang bekerja separuh masa dikatakan secara tidak sengaja terpotong sebahagian ibu jarinya ketika memotong daging babi untuk dijadikan hidangan.

Syarikat berkenaan turut mengeluarkan surat minta maaf dan memberi jaminan kejadian yang sama tidak akan berulang lagi. – JAPAN TODAY

No comments:

| | Copyright © 2014 SARAWAKIANA