Jambatan Batang Sadong Dibuka Kepada Umum Selepas Selesai Ratifikasi




KUCHING : Jambatan Batang Sadong hanya akan dibuka untuk kegunaan orang ramai setelah semua urusan ratifikasi atau penambahbaikan selesai sebelum diserahkan secara rasmi kepada pihak Kerajaan oleh kontraktor.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Nancy Shukri merangkap Ahli Parlimen Batang Sadong berkata, meskipun pembinaannya hampir siap, iaitu 99.5%, beberapa penambahbaikan masih perlu dibuat selepas Audit Keselamatan Jalan Raya dilakukan dari segi keselamatan.

Menurut beliau, setelah selesai kesemua proses tersebut, barulah ianya diwartakan bagi membolehkan jambatan berkenaan digunakan, ketika memberi kenyataan media di sini sebentar tadi.

Datuk Nancy meminta orang ramai bersabar dan akur akan arahan untuk tidak menggunakan Jambatan Batang Sadong sehinggalah pengumuman rasmi dibuat demi keselamatan semua pihak. -Sarawakiana

No comments:

| | Copyright © 2014 SARAWAKIANA