• Jamal serah bukti Bersih 5 diresapi militan Daesh

    Published: Tuesday, 4 October 2016
    A- A+

    KUALA LUMPUR - Naib Presiden PKR, Rafizi Ramli antara nama yang dikaitkan sebagai sumber dalaman Kumpulan Baju Merah dalam memperoleh maklumat bahawa Perhimpunan Bersih 5 yang bakal diadakan diresapi unsur militan.

    Perkara itu didakwa oleh Pengerusi Gabungan NGO-NGO Malaysia, Datuk Seri Jamal Md Yunos ketika menyampaikan sesalinan dokumen kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM) di Ibu Pejabat Polis Bukit Aman, hari ini.

    Dokumen itu diserahkan susulan dakwaan Gabungan NGO-NGO Malaysia bahawa perhimpunan Bersih 5 diresapi unsur militan IS dan Daesh minggu lepas.

    Dokumen 22 mukasurat itu diserahkan diserahkan kepasa Deputi Superintenden Rizal Abdul Rahman Sidek bagi pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) kira-kira jam 3 petang.-SH

    Subjects:

  • 1 comment to ''Jamal serah bukti Bersih 5 diresapi militan Daesh"

    ADD COMMENT
    1. Menyampahnya aku tengok tongkol ni...agak2 la kalau nak bodek sekali pun.

      ReplyDelete