Jalur Lebar Di Sarawak Terus Dipertingkatkan


KUCHING: Menteri Muda Kemudahan Awam (Elektrik dan Telekomunikasi Dr Abdul Rahman Junaidi menghadiri Sesi Dialog Penyambungan Jalur Lebar Negeri Sarawak (Broadband Connectivity) bersama Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) di Cyberjaya hari ini.

Tujuan Dr Abdul Rahman yang juga Pengerusi Jawatankuasa Jalur Lebar Negeri Sarawak dan rombongan menghadiri perjumpaan tersebut adalah untuk mengetahui lebih lanjut peranan SKMM terutama di Sarawak.

Beberapa perancangan dan cadangan sedia ada akan terus dipertingkatkan untuk peningkatan dan meluaskan peranan jalur lebar di seluruh Sarawak.

Hadir sama Setiausaha Tetap Kementerian Kemudahan Awam Ubaidillah Abdul Latip dan Pengarah Belanjawan Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Datu Junaidi Reduan dan pegawai dari agensi telekomunikasi.-Sarawakiana

No comments:

| | Copyright © 2014 SARAWAKIANA