Jalan Kaki Dari Paris Ke Makkah Untuk Tunai Umrah


KUWAIT – Seorang warga Sepanyol yang berjalan kaki dari Paris, Perancis ke Makkah, Arab Saudi untuk menunaikan umrah berlepas dari Kuwait dan memasuki sempadan Arab Saudi kelmarin.

Ishaq dilapor sudah berjalan sejauh 9,000 kilometer sejak meninggalkan Paris kira-kira lima bulan setengah lalu dan dipercayai mengambil masa kira-kira 50 hari lagi.

Ini berdasarkan pengiraan saintifik sebelum tiba di bandar suci umat Islam itu, lapor akhbar Kuwait, Al Rai.

Ketika diwawancara harian berkenaan, Ishaq berkata, cabaran utama yang dihadapinya ialah menyeberang kawasan pergunungan.

Laporan itu bagaimanapun tidak menyebut negara yang pernah dilaluinya.

Untuk pengembaraannya itu, Ishaq memperuntukkan perbelanjaan sebanyak 5,000 euro (RM24,000) dan dia dilapor enggan menerima sumbangan daripada orang ramai yang ditemui sepanjang perjalanannya.

Ogos lalu, seorang warga China tiba di Makkah selepas mengayuh sejauh 8,500 kilometer dari kediamannya di Xinjiang, barat laut China, untuk menunaikan haji.

Pada 2014, sekumpulan rakyat Malaysia yang menunggang motosikal dari Kuala Lumpur tiba di Madinah. – Agensi/myMetro Online

No comments:

| | Copyright © 2014 SARAWAKIANA