Itali Dilanda Gempa Bumi 6.6 Skala Richter


GEGARAN kuat 6.6 skala richter melanda Norcia, Itali sehingga memusnahkan beberapa bangunan berhampiran, awal pagi Ahad waktu tempatan.

Gempa terbaharu ini berlaku hanya dua bulan selepas gempa bumi kuat melanda Itali dua bulan lalu yang telah mengorbankan seramai 300 mangsa.

Memetik BBC, tiada kematian dicatatkan susulan gempa kali ini walaupun terdapat laporan beberapa penduduk tercedera dalam insiden tersebut.

Gereja bersejarah Basilica of St Benedict turut dilaporkan musnah dalam kejadian itu. – MYNEWSHUB.CC

No comments:

| | Copyright © 2014 SARAWAKIANA