Indonesia Perkenal Hapuskan Jenayah Seks


Indonesia memperkenalkan undang-undang baharu bagi menangani masalah jenayah seks.

Presidennya Joko Widodo berkata, ini termasuklah membenarkan kaedah mengkasi terhadap pesalah pedofilia.

"Perlembagaan kami menghormati hak asasi manusia tetapi apabila berhadapan dengan jenayah seksual, tiada tolak ansur lagi."Kami akan melaksanakan hukuman maksimum bagi jenayah seksual," katanya memetik laporan BBC.

Mengulas lanjut, Joko Widodo atau lebih dikenali sebagai Jokowi berkata, menerusi kaedah mengkasi beliau yakin sekiranya ianya dilaksanakan secara konsisten, akan mengurangkan jenayah seks dan akan menghapuskannya.

Penalti menurut undang-undang baru itu termasuk mati sebagai hukuman maksimum dan kasi, dengan kemungkinan tambahan hukuman penjara dua tahun.

Sebelum ini, Jokowi menandatangani cadangan undang-undang itu Mei lalu, selepas aktivis dan rakyat menggesa pembaharuan berikutan kes rogol beramai-ramai dan bunuh gadis berusia 14 tahun di Bengkulu, barat Sumatera, April lalu. - SH

No comments:

| | Copyright © 2014 SARAWAKIANA