Indeks Jenayah Keseluruhan Catat Penurunan Sembilan Bulan Pertama Tahun Ini


JOHOR BAHRU, 19 Okt (Bernama) -- Indeks kadar jenayah negara secara keseluruhannya mencatatkan penurunan sebanyak 0.8 peratus dalam tempoh sembilan bulan tahun ini, kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Beliau berkata penurunan itu daripada jumlah 85,739 kes dalam tempoh sama tahun lalu, merupakan sesuatu yang memberangsangkan, hasil usaha drastik polis dan pelbagai agensi penguatkuasaan dalam menangani jenayah.

Biarpun kes seperti jenayah terancang dan rompakan bersenjata berjaya diturunkan, Ahmad Zahid yang juga Menteri Dalam Negeri, berkata kadar bagi kes-kes lain seperti ragut masih lagi tinggi.

Oleh itu, beliau mahu punca utama yang membawa kepada permasalahan itu, diperincikan agar kes jenayah membabitkan ragut dan lain-lain dapat turut diturunkan.

"Kita tidak boleh berasa selesa dengan penurunan ini, tetapi kita perlu memperbincangkan tentang apakah punca kepada perlakuan jenayah ini yang pada hemat Yayasan Pencegahan Jenayah Malaysia (MCPF) masih lagi boleh diturunkan," kata beliau kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat bersama MCPF di sini Rabu. - BERNAMA

No comments:

| | Copyright © 2014 SARAWAKIANA